ALL STORY AT THIS BLOG

Tuesday 29 January 2013

CINTA SAYA DENGAN IKHLAS yer..

assalammualaikum . selamat tengah hari semua =)
dah makan? harap-harap kekenyangan lah anda-anda semua yer =)

hurm.. dah lama rasanya tak menaip dekat blog ira ni..
tapi hari ni terpanggil tuk menaip..
menceritakan kisah pasal en.firman..
pernah korang rasa tak yang kadang-kadang
PENGAKUAN TU MENYAKITKAN KITA..
TAPI...
TAK SEMUA PENGAKUAN TU MENYAKITKAN..
ADA KALA NYA TERSELIT KEINDAHAN DI HUJUNG
PENGAKUAN TERSEBUT..
(korang paham ke apa yang ira tulis ni?? tak paham? tak pe
ira jelaskan yer.. =) )

okay.. alkisah bermula pada satu malam bila
en.firman call ira.. pastu bila dah nak end call tu
dia kata dia nak cakap sesuatu dekat ira.. dia nak
wat satu pengakuan...
kata dia : sejujurnya abg cakap.. dah 3 hari kita kapel..
abg masih tak dapat cintakan syg sepenuh nya..
tapi abg cuba dan cuba... dan alhamdulillah masuk hari ke4 
abg dah mula cintakan syg sepenuh hati abg hingga ke hari ni....
dan abg akn paksa diri abg tuk cintakan syg selamanya.. 
paksa abg ni ikhlas dari hati abg....

saat tu.. berlinangan air kat mata ira.. tunggu saat je nak jatuh.. walaupun
di akhir kata en.firman tu dia dah cintakan ira sepenuhnya..
tapi kata-kata dia buat ira sedih..
kenapa sampai macamtu sekali? ye.. ira taw dia mungkin TRAUMA dgn
apa yang dah jadi dekat dia sebelum ni..tapi... hmm.. entah lah susah ira nak cakap..
perasaan ira dah tak menentu...
dan malam tadi dia call ira lagi...
dia kata :
syg... abg cintakan syg sepenuh hati abg.. dan abg tak nak kehilangan
syg lagi.. dan abg harap kita akan kekal selama-lamanya......
memang lah.. apa yang dia cakap tu. ira pun nak benda yang sama jugak..
IRA TERLALU SAYANG DAN CINTAKAN DIA SANGAT-SANGAT...!
IRA TAK NAK KEHILANGAN DIA...
tapi ira tak tau lah dia macam mana...??
hmm.......

Sunday 20 January 2013

rindu bau perfume awak !

assalammualaikum dan selamat tengah hari =)
di pagi isnin.. harap-harap anda semua ceria-ceria selalu..

hurm.. ira rindu kan en.firman..
masih terbau-bau perfume dia tu.. (hehehe.gatai naa ! )
hurm.. bukan apa.. ira terlalu sayangjan dia sangat-sangat..
dan ira harap hubungan kami kali ni kekal lah sampai ke
jingjang pelamin... amin....

urm.. mak en.firman tu ada pesan kat ira..
dia kata nanti kalau dah sambung belajar mana-mana
kalau dah ada orang lain.. terus terang lah ..
jangan dua-dua nak dilayan..

yang ira mampu cakap.. INSYAALLAH..saya setia pada yang satu..
tapi dalam hati ira kata : macam salah bagi nasihat je makcik ni..
patutnye nasihat sekali anak dia. hehe.. sbb wktu dulu dia yg tglkn aku..
aku pnye lah setia same anak dia.. huhuhu..

tak kesah lah apa-apa pun.. yang ira harapkan agar
HUBUNGAN KAMI KEKAL SAMPAI BILA-BILA..
amin....

Friday 18 January 2013

ambil gambar

assalammualaikum.. dan selamat malam..
hurm.. kali ni post tak ada yang menarik pun..
tak tau nak tulis apa lagi..
huhuhu..

aa.. ira ada curi gambar en.firman..
dia tak tau pun.. hehehe
nakal kan ira ni? hehe
ni hah gambar dia..
buah hati saya

orang kata macam muka KHAIRUL FAHMI CHE MAT..
hehehe

Tuesday 15 January 2013

saya sayangkan awak tau !

assalammualaikum dan selamat pagi..
hurm.. semalam kan en.firman call ira..
pastu dia cerita lah kisah-kisah dengan kawan-kawan dia..

tiba-tiba ada satu cerita ni.. tentang ira..
ohh.. kutuk ira jugak dia ni.. hehehe
urm.. dia sembang dengan kawan dia pasal ira..
dia cakap dengan kawan dia..
dia kata kalau ira dapat sambung belajar jauh macam mana lah dengan
dia nanti??
and kawan dia kata : ALAR.. TAK ADA APALAH MAN.. ASALKAN JUJUR 
DAN PERCAYA . INSYAALLAH TAK ADA APA-APA..
ira pun sokong dengan kata-kata kawan en.firman tu..
tak kira lah kat mana pun ira sambung belajar..
ira tak kan pernah tuk lupakan en.firman..
sebab ira sayangkan dia sangat-sangat..
kehadiran en.firman dalam hidup ira buat kali kedua ni
amat bermakna buat ira..
ira tak nak kehilangan dia lagi..
dia pun ada kata dia tak nak cari lain dah.. sebab nya dia kan dah dewasa..
jadi dah malas nak cari lain.. tu kata-kata dia...
dan ira harap betul lah..
ira harap hubungan kami kekal..
ABG.. SYG SAYANG ABG SANGAT-SANGAT ! *hugs*

Monday 14 January 2013

PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH

assalammualaikum dan selamat tengah hari..

okay tuk entry kali ni.. bukan nak citer pasal
kekasih hati .. tapi pasal pemilihan kos tuk further study..
al maklumlah orang dah hbs spm. dan tengah menunggu result..
jadi ada jugak lah ira mencari info tuk kos-kos yang ira nak taw kan..

yang menarik nya ira tengah mencari info tentang kos
PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH..
(actly, ira ada pilih kos ni dalam borang upu aritu.. )
okay.. yang macam menakutkan ira ialah..
syarat-syarat yang perlu ada tuk pelajar yang nak ambil
kos ni.. alar.. macam keistimewaan dia lah...
salah satunya ialah
ADA KEMAHIRAN MELUKIS !
ira??? ira tak reti nak melukis..
dan tak minat pun.. huhuhu
lagi satu kalau nak ambik kos ni ada temuduga..
lam temuduga tu ada 2 sesi. sesi pertama
lukisan. contoh orang tu letak lah cube ke.cuboid ke.
apa-apa bentuk lah.. and then kita kena lukis..
sesi kedua...
barulah jumpa penemuduga..nanti orang tu tanya bandar-bandar yang ada
bangunan-bangunan.. hah sudah.. ira apa pun tak tau. ( kurang ilmu bab-bab bandar ni )

jadi.. akhir kata nya..
ira kena jugak lah tukar kos lepas dapat result nanti..
SERAM dibuatnya nanti.. huhuhuhuhu

Sunday 13 January 2013

FIRST DATE !

assalammualaikum dan selamat petang..

hurmm.. okay ira actly, baru balik dari
temu janji dengan en.firman...
kitaorang pergi tengok wayang ( al maklumlah.. tu je selalu pasangan kapel buat )
kitaorang gerak pagi.. sampai sana tempat tu pun tak bukak lagi.. hehe (semangat ni )
lama jugak menunggu tempat tu bukak..
bila dah bukak kitaorang gi terus tempat cinema tu.. and kami tengok
cerita JACKIE CHAN yang terakhir .. not bad ceritanya.. =)
tapi tulah sayang nya.. kami terkejar-kejar masa..
sebab en.firman kena ambik mak dan adik-adiknya..
ira pula terkejarkan ayah ira..

jadi nak balik tu en.firman terpaksa lah pecut keretanya
dah macam orang race pun ada.. hehehe

papepun.. for the first date ni ira rasa happy lah.. =)
thank you en.firman !
love you so much !
=)

Saturday 12 January 2013

hanya dirimu sayang..

assalammualaikum.. dan selamat petang.. =)
apa citer hari minggu ni? harap-harap semua nya okay saja lah yer =)
senyum-senyum selalu lah.. kerana setiap senyuman itu
penawar segala kelukaan dan masalah yang kita hadapi..

okay.. kalau dah ira mula menulis blog.. tak lain dan tak bukan
citer pasal kekasih hati lah .. huhu..
( maaflah kalau ada yang tak suka nak membaca,,
tapi nak buat macam mana.. kat rumah ira tak ada siapa-siapa
yang nak berkongsi cerita.. adik-adik masih kecik.. bawah umur lah
katakan... )

alkisah terjadi semalam.. bila en.firman call ira..
harini kitaorang baru kapel 10 hari.. jadi dia tanya
DAH 10 HARI KITA KAPEL.. APA PERASAAN SYG DEKAT ABG?

yang ira jawab : PERASAAN SYG DEKAT ABG BERTAMBAH 
SAYANG DAN CINTAKAN ABG... SYG BAHAGIA DGN ABG..
DAN SYG TAK NAK KEHILANGAN ABG LAGI DAH...

en, firman jawab : DAH SEPULUH HARI KITA KAPEL.. PERASAAN CINTA
ABG DEKAT SYG DAH CUKUP 100%. PERASAAN SAYANG ABG DEKAT SYG
PUN DAH CUKUP 100%. ABG HARAP HUBUNGAN KITA KEKAL SAMPAI BILA2..
DAN ABG HAPPY DENGAN SYG...

saat dengar kata-kata tu.. ira beryukur sangat.. sebab en.firman dah cinta dan
sayangkan ira... sama macam ira sayangkan en.firman...
mudah-mudahan.. hubungan kami kekal sampai bila-bila..
AMIN...

Tuesday 8 January 2013

ku sayang kamu !

assalammualaikum and good morning !
IRA SAYANG EN.FIRMAN ! =)

alkisah terjadi.. bila semalam en.firman call ira..
dia tanya 1 soalan ni dekat ira..
SYG TAK KESAH KE KALAU ABG TAK MESEJ SYG DARI PAGI SAMPAI 
PETANG.. MALAM JE ABG MESEJ. ITU PUN PUKUL 11.
LEPAS TU ABG TERUS CALL SYG.. JAWAB JUJUR YER SYG..

okay.. ira akui memang mula-mula ira terasa jugak dengan sikap
en. firman tu.. tak mesej.. mmacam tak kapel je kan..
tapi.. lama-lama ira dah boleh terima hakikat pasal benda ni..
ira tak kesah pun..
tu jawapan yang ira bagi..
and en.firman jawab..

SYG.. ABG MEMANG TAK SELALU MESEJ SYG.. TAPI DALAM HATI ABG
HANYA ADA SYG SEORANG JE..
ABG MENYAYANGI SYG.. ABG MENCINTAI SYG...
TAK ADA PUN ABG NAK FIKIR CARI PEREMPUAN LAIN KE APA KE..
SBB I LOVE YOU !

saat tu.. hanya ALLAH je yang taw perasaan ira..
ira pun sayang dan cintakan en.firman tu..
ira tak kesah lah pasal mesej tu..
asalkan dia selalu ingat dekat ira....
IRA SAYANG FIRMAN !!! =)

Monday 7 January 2013

perasaan tak menentu !

ya Allah...
hanya itu yang mampu ira ucapkan kala ini..
mengapa tiba-tiba hati  ira rasa macam nak menangis..
dan tatkala ini lah macam-macam soalan muncul dalam kepala otak ira..
BETUL KE SI DIA CINTAKAN IRA?
BETUL KE SI DIA BENAR-BENAR NAK KAN IRA?
ATAU HANYA TUK SEMENTARA WAKTU?

YA ALLAH...
masih terngiang-ngiang lagi apa yang dia katakan dulu malam itu selepas kami
kapel balik..
KITA HANYA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN..
KALAU JODOH KITA TAK PANJANG.. ABG MINTAK MAAF SANGAT-SANGAT.....

saat tu.. hanya Allah je yang taw perasaan ira.. kenapa dia cakap macam tu..?
perlu ke kata-kata itu saat hati ira merasa bahagia.. =(

ya ALLAH...
aku sayangkan dia...aku cintakan dia..
TAPI...
adakah dia juga punya perasaan sama seperti diri ku???
ira bukan meragui dia...
cuma ira terlalu takut pisang berbuah dua kali.....
ya ALLAH... bantulah hambamu ini........

Friday 4 January 2013

usia 21 jarang bermesej??

assalammualaikum dan selamat petang !

okay.. hari ni ira nak tulis tentang sesuatu yang agak
menganggu fikiran ira .. huhu..

BETUL KE LELAKI USIA 21 TAHUN KE ATAS
JARANG DAH NAK MESEJ AWEK DIA??

hurm.. sebab pakwe ira kata kebanyakkan nya memang macam tu..
kawan-kawan dia yang 21 tahun ke atas pun macam tu jugak..
mereka akan mesej awek dia bila nak keluar pergi mana-mana je..
selebihnya mereka akan call je..tapi call ni bukan kerap call pun..
ada time-time nya jugak..
contoh macam tengah hari/petang/malam..
tuk tanya khabar.. lepastu malam sebelum tidur..

aduy ! betul ke?? kalau betul.. maknanya ira pun tak dapat lah
selalu mesej-mesej kekasih hati ira tu.. argh ! sedihnya...
walaupun umur cik firman ira tu baru 20 tahun.. tapi
dia memang jarang mesej.. call je..
ira nak mesej dan call... =(

hurm.. kenapa lah jadi macam ni..
kadang-kadang ira sedih+jeles..
yelah.. dulu dia dengan ex dia macam sweet je..
bila dengan ira..
ira macam tak dapat pun layanan yang sama macam dia dengan ex dia dulu..
sedihnya................

kenapa jarang ????

assalammualaikum dan selamat malam..
hmm.. tengok tajuk kat atas tu pun dah macam sedih kan??
tulah perasaan ira sekarang ni..
sedih pun ada..
nak tau apa yang jarang nye???

urm.. ira dengan en.firman jarang mesej lah..padahal kitaorang kan
dah kapel.. tapi kenapa tak mesej pun.. sedih pun ada...
ira nak dia mesej ira .. ira rindu dia sangat-sangat..
memang lah dia akan call ira.. tapi pukul 12 malam..
dari pukul 8 sampai 12 tu..
ira nak jugak mesej-mesej macam kitaorang kapel dulu....

kenapa jadi macam ni?? ira nak kapel yang macam dulu...
hurm......

Wednesday 2 January 2013

KAU+AKU = BERSATU AKHIRNYA

assalammualaikum..morning semua ! =)

ce tengok ce tengok tajuk kat atas tu..hehehe
apa yang pertama kali muncul kat fikiran anda ??
tau tak? tak tau meh sini ira bagi tau =)

ok.. today 3.1.2013 hari khamis maka ira dengan cik crush
akhirnya menjadi pasangan couple..
memang ini lah yang ira harapkan dari mula kami contact balik..
dan akhirnya..HE'S MINE !!!! impian ira tercapai jugak..
ira sayang dia sangat-sangat...

ops! ha.. kan post sebelum ni ira kata kena jumpa dulu baru
couple kan..
actlly, ira tak pergi pun ipoh tu..dia datang rumah ira
early in the morning.. and dari perjumpaan itu lah dia cakap
nak couple balik...

so.. today... will be my happy day ! i love him very much !
thats all for today... =)



aku tak mampu...

assalammulaikum dan selamat malam..
hm.. tengik tajuk dekat atas tu..
macam sedih kan.. memang sedih pun... hmmm...

ira tak boleh keluar ari sabtu ni dengan crush ira..
sebab mak ayah tak bagi... padahal hari sabtu ni hari
yang bermakna buat ira.. crush ira nak mintak couple dengan ira..
saat ni lah yang ira tunggu sangat-sangat... dah lama ira nak benda ni..
crush ira kata kalau ira tak dapat keluar ari sabtu ni..
maka tak ada lah couple tu.. tunggu sampai ira dapat keluar dengan dia..
hm...............!!!!!!!
ira nak sangat keluar dengan dia.. memang ira tunggu sangat-sangat saat ni..
tapi... ira tak mampu tuk buat apa-apa.. sebab mak ayah tak bagi...

macam mana ni??? impian ira nak jadi yang istimewa tuk crush ira..
tapi................ semuanya hampa......... =(